Wednesday, September 28, 2011

Program Bervariasi ahli Parlimen Rompin Sempena jamuan rakyat memuliakan hari keputeraan kdymm sultan pahang

Pertandingan Kompang Berformasi ...sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan sekretariat di majlis belia daerah rompin , no tel 0145206999 atau di pejabat ahli parlimen rompin no tel 094141288.
masa persembahan 10 minit dan tidak melebihi 8 minit , lagu bebas ,

Pertandingan Tarik Tali juga acara menarik pada 10 oktober 2011 ,sesiapa berminat boleh hubungi segera....hadiah ditawarkan menarik.
Motor cross,nettball,futsal,petanque,solekan,pertandingan bayi sihat,masakan ,forum agama ,cabutan bertuah dengan pelbagai barangan menarik disediakan ..masyarakat setempat khususnya Gugusan Bandar Tun Abdul Razak amat bertuah bersama-sama dalam program in...

Masyarakat Parlimen Rompin amat bertuah kerana gerai-gerai jualan ,pameran juga disediakan dengan penglibatan semua agensi kerajaan seperti Pdrm,JPJ,JKJR ,MPOB dan pelbagai agensi terlibat.
Difahamkan Menteri Besar Pahang akan bersama-sama KDYMM  Sultan Pahang ,Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad akan bersama-sama masyarakat Felda juga .
Jamuan Rakyat ini akan diserikan juga dengan kehadiran pemimpin negara serta di jangka hampir 10 000 orang akan bersama memuliakan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.
Semoga program ini menjadi takwim aktiviti TYT Dato Seri DR Hj Jamaludin B Dato Mohd Jarjis ,walaupun diberi tanggungjawab sebagai Duta Amerika Bertaraf Menteri ,tugas sebagai Ahli Parlimen sentiasa tidak pernah diabaikan .

No comments:

Post a Comment